Sabtu, 25 Disember 2010

1st give away Cikgu Siti Juniour...


hadiah utama
special giveway




Assalamualaikum semua..lamanya x menulis di sini...
Alkisahnya dalam dok mencari set cawan kangkung dan mangkuk bubur kangkung maka knor pun jumpa ngan blog CT -WAFIHOUSE'S COLLECTION http://wafiyahousecollection.blogspot.com

Ianya satu blog barang antik yang ada banyak set2 antik yang sangat menawan baik untuk new collectors mahupun yang dah lama collect barang antik...

Dalam musim hujan di pantai timur ni mesti seronok dapat makan bubur kacang dalam mangkuk bubur BK dan menghirup pula kopi o panas guna set cawan BK..duduk bersila atas tikar mengkuang sambil tengok hujan mencurah2 kat luar...hmmmm...

Ok Apapun CT telah bermurah hati untuk menganjur GAnya yang pertama... disini akk copy paste dari blognya...
----<@ GA ini tanda persahabatan di alam cyber
juga sempena riang ria cuti sekolah..@>----

Kawan smua sudi2 kan lah joint GA nie..moga persahabatan yang terjalin d alam cyber berkekalan selamanya..


Hadiah yang CT bg nie ikhlas tuk anda smua yg bertuah..
Kali nie bukan ajer hadiah pingan mangkuk cawan teko
tapi jg ada set perfume...
Syarat-syarat penyertaan simple aje.. ;)


1) Mesti menjadi follower CT...


2) Linkkan blog CT dalam blog list masing2

3) Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog CT dalam entry tersebut
(http://wafiyahousecollection.blogspot.com/)

4) Bagi ucapan sikit...ape2 aje lah....jgn berjela2 udah ler ;)


5) Tinggalkan comment yg anda sudah menyertai 1'st GA CIKGU CT JUNIOR..
jejak d shoutbox tidak diambil kira..


5) Tarikh mula penyertaan dari 22 NOVEMBER 2010 sehingga 31 DISEMBER 2010..


6) Pengumuman kawan kita yang bertuah akan dibuat pada
1 JANUARI 2011


7) Penyertaan GA ini terbuka untuk blogger di Malaysia sahaja..

****Semoga berjaya n terima kasih kpd yg menyertai 1'st GA dr CIKGU CT JUNIOR****

ok pada semua rakan2 blogger apa lagi jom kita ke
http://wafiyahousecollection.blogspot.com/

dan meriahkan GA CT yang pertama ini..

Isnin, 27 September 2010

Selamat Hari Raya

Salam buat semua..

lamanya x update blog..

harap x terlewat lagi buat knor untuk ucapkan selamat hari raya pada semua..maaf jika ada tulisan di blog ni yang menyentuh perasaan..tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan..apa yang penting kita belajar dari kesilapan yang dilakukan..

wassalam

Jumaat, 13 Ogos 2010

"GIVEAWAY UNTUK RAYA SAKAN" by Tote Boutique


Salam semua,


bila knor g blog Cik As di http://tote-boutique.blogspot.com dan scroll down rupa2nya Cik As ada anjurkan GA Raya Sakan..tengok bag tu sangat3x comel...wah....!! sonotnya.. di sini knor mintak izin Cik As untuk cp syarat2nya ye...
Mudah saja
1. Pilih 2 gambar dan letak gambar ini di dalam posting anda tentang giveaway ini
2. letakkan link Giveaway ini
3. Berikan nama yang sesuai untuk bag ini
Nama yang kreatif dan menarik akan mendapat bag ini. and jangan lupa bagitau sebab anda pilih nama ini.
- Tinggalkan cuma 1 komen sahaja yg memberitahu saya link entry anda

Period : 12/8/2010 - 25/8/2010


ini pula bahagian belakangnya..cute sangat ...

Bag ini dari Designer cotton size anggaran 12" x9" x 3"
Ada satu poket bahagian dalam
Sesuai untuk bawa jalan2 masa Raya


Dengan ini knor namakan bag ini "BAG RAYA MATA MELIRIK.."

Kenapa pilih nama "BAG RAYA MATA MELIRIK.." ?

Sebabnya knor pasti sesiapa yang menggalas bag ni masa raya nanti pasti akan membuatkan setiap orang melirikkan mata ke arah bag ni..dalam hati pasti tertanya2..."cutenya bag tu...tuan punya dia beli kat mana ye..?aku pun nak jugak..nak jugak...nak jugak!."(sambil mata melirik ke bag tuh...)

Knor pasti ramai setuju ngan knor..betul tak?hehe

OK BOLEH TERUS KE
http://tote-boutique.blogspot.com/2010/08/giveaway-untuk-raya-sakan.html
dan sertai GA yang unik ni..

Selamat Mencuba!

totebag idamanku...


Salam buat semua,
disini knor nak share gambar2 totebag yang sangat comel dan menawan hati yang menjdi idaman akak. Semuanya dari Tote Boutique di http://tote-boutique.blogspot.com

Memang cantik2 bag disini..kemas jahitannya..selain sangat praktikal untuk di guna seharian..knor dah beli satu tapi untuk kawan knor...Mula2 lihat bag terus jatuh hati rasa sayang pulak nak bagi hadiah tu pada kawan...Tapi knor rasa kawan knor tu lagi akan rasa happy bila dia terima hadiah totebag secantik itu...jadi itu lebih menggembirakan bila kita dapat buat orang lain gembira..betul kan?

Sekarang knor dok tunggu Cik As pemilik Tote Boutique untuk buka order..disebabkan kesibukan order ditutup buat sementara waktu tapi bag2 lain macam2 ada (wallet, tas kecil etc)..rakan2 juga kena la rajin ke blognya sebab biasanya Cik As ada wat bag on sale(maksudnya tak perlu tempah)..
Siaapa cepat dia dapat...Biasanya knor selalu terlepas huhu...nak wat macamana bag Cik As ni banyak sangat peminat...

ok Mari kita jamu mata bag2 dari Tote Boutique di http://tote-boutique.blogspot.com









Giveaway raya Mrs Nor dah tiba...


Assalamualaikum,

Giveaway raya Mrs Nor sangat menarik kerana menawarkan 3 hadiah come lote kepada peserta2 yang bertuah.. Mari kita pakat sertai bagi memeriahkan lagi GA ni..Lagi ramai lagi bagus..

jika rakan2 buat n3 tentang GA ni maka secara automatik dapat la 2 undi.. Insyaallah kalau dah rezeki akan dapat la salah satu hadiah2 yang ditawarkan Mrs Nor ni..

tarikh tutup: 23.8.2010 ya..

Untuk Mrs Nor terimalah bunga ini sebagai tanda terima kasih atas penganjuran2 GA yang selain memeriahkan dunia blogger dapat juga merapatkan silaturahim sesama rakan maya..Apa yang penting? Kerjaasaama!



SELAMAT MENCUBA!

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa kepada semua...

Jumaat, 2 Julai 2010

1st time kena tag..


salam semua,
2-3 minggu lepas ni knor kena tag ngan Zaza.Baru skang ada kesempatan nak jawab tag zaza.Terima kasih ye Zaza sudi tag akak. Zaza ni best bleh g ke blognya http://zazalimiey.blogspot.com/

Anyway sekarang knor nak jawab soalan2 dibawah ni.Bila kena tag kena jawab soalan2 yang diberi..

1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?

nak rehat ler..penat sangat banyak kerja kat sekolah tuh..kalaulah dapat shopping brg2 English di Romantika ke atau KK ke atau nilai 3 ke 3 hari 3 malam..

2. Apakah nama samaran you all ?

knor(samar ke ni..?)

3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?

MY WHOLE FAMILY(3 perkataan nih..)

4. Panggilan untuk si dia

yang ni akak jwb esok bleh?



5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa

kasih sayang yang berkekalan


6. Blog mana yang you all suka visit ?

blog English dan barang antik


7. Tag kan kepada 15 blogger you all
dengan ini akak tag kepada semua bloggers yang sudi berkunjung ke sini..Terima kasih

Yes!! Mission accomplished!

Khamis, 1 Julai 2010

Giveaway Mrs Nor datang lagi...


Salam untuk semua..

Sebagai peminat yang tersangat minat barang antik bunga kangkung, knor rasa sangat gumbira bila Mrs Nor http://mrsnorhobi.blogspot.com/ mengadakan giveaway dengan hadiah set kangkung yang begitu terserlah keanggunannya seperti di atas.
Mari la kita ramai2 sertai giveaway nih..dapat juga merapatkan silaturrahim sesama rakan bloggers kan..
Hanya seorang pemenang akan dipilih oleh anak MrsNor secara rawak dan tarikh tutupnya pula pada 9.7.2010..
jadi,apa tunggu lagi marilah kita berlenggang kangkung ke blog MrsNor http://mrsnorhobi.blogspot.com/
sekarang juga!

Jumaat, 4 Jun 2010

Selamat bercuti..


Salam untuk semua..
Sempena cuti sekolah ni...Knor ucapkan selamat bercuti kepada semua ....
Jom jalan2 cuti2 Malaysia..

Khamis, 13 Mei 2010

pra ucapan Hari guru ...


Assalamualaikum,

Seperti yang kita tahu hari guru akan datang lagi pada 16 Mei Ahad ni..
Kalau ingat masa zaman sekolah rendah dulu tahun 1980an...guru yang paling knor suka adalah Teacher Faridah..seorang guru yang sangat prihatin dan disukai ramai anak2 muridnya..

Teacher Faridah ni suka menghargai anak muridnya..knor ingat lagi bagaimana dia hadiahkan knor sepersalinan baju sekolah menengah pada hari terakhir persekolahan darjah 6 sebab dapat markah tertinggi peperiksaan akhir tahun. Dibawanya knor ke kedai kain tu sendiri dan suruh nyonya tu ukur badan untuk beli kain..Mulianya hati teacher Faridah..

hanya Allah sahaja yang dapat membalas budibaik teacher..

Rabu, 12 Mei 2010

Indahnya Hidup Bersyariat..

Assalamualaikum,

kali ni knor nak berkongsi tentang buku kegemaran knor ini,Indahnya Hidup Bersyariat..sesuatu yang bermanafaat harus dikongsi bersama.
buku ini adalah modul fardu Ain lengkap bergambar untuk diri,keluarga dan masyarakat.Terdiri dari 7 bab, antaranya fardu ain asas,syariat dalam bermasyarakat dan hukum perkahwinan. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan mengandungi gambar-gambar yang jelas membuatkan isinya senang difahami.
contohnya dibawah bab Fardu Ain asas,salah satu sub topiknya adalah sembahyang bagi orang yang sakit. Didalam topik ini disertakan gambar-gambar yang sangat jelas menerangkan bagaimana orang sakit boleh melakukan solat walaupun dalam keadaan berbaring menelentang,mengiring atau duduk atas lantai atau kerusi.

Jika berminat dan tidak ada masa ke kedai buku boleh la berkunjung ke blog Rosnanie http://cikgusi.blogspot.com ada penerangan yang lebih jelas bila rakan2 klik di kedai buku online di blognya.

ok Wassalam Jumpa lag.

cara tampal Decal..

Salam, untuk ros dari Endless lurve yang tanya knor cara nak tampal decal..

ooo senang je ros mulanye knor pun x reti jgk.

mula2 ros rendam decal yang nak ditampal tu dalam air.
pas tu agak dia dah basah semuanya dan boleh ditanggal dari kertas pelekat dia tu, ros tarik pelan2 dan terus tampal pada perabut tu berhati2.gunakan kain lembut untuk ratakan decal tu jaangan ada gelembung2 berhati2 ye takut decal tu terkoyak kalau kuat sangat kita sentalnye..

itulah cara knor tampal decal..

ros bleh g ke blog rosesenglish.blogspot rasanya kalu x silap Mar ada buat n3 cara nak tampal decal..

ni ada contoh decal yang mar jual
ada banyak lagi decal yang cantik2 kat blog tu plus ros bleh dapat banyak idea nak hias guna decal..

selamat mencuba!

Ahad, 9 Mei 2010

lagi ucapan Hari ibu..


Kad yang sweet pink ini pula knor ambil dari Ummi dari blog Home Sweet Home ..rakan2 yang suka boleh la ambil dari blognye: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com..blognya best marvelous and delicious sebab banyak resepi2 dan petua2 tips etc yang amt berguna...

kad Hari ibu..


Ucapan selamat Hari ibu ini knor ambil dari Inna:dari sudut janelaku http://saljuseripagi.blogspot.com/
rakan2 yang berkenan bolehlah visit her blog dan amik kad ini..

tq inna..

yes,mothers will always be queen of our hearts..

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Hari Ibu









Salam untuk semua,
Selamat Hari ibu teristimewa buat bonda tercinta bonda Azizah .Selautan Ucapan terima kasih pun tidak dapat dibandingkan dengan apa yang telah mak berikan kepada kami adik beradik semua..Terima kasih mak..We Love u.. Apa2pun bagi kami setiap hari adalah hari ibu..we thank you every minute of the day.. janji kami akan terus membahagiakan mak dan abah.



Selamat hari ibu juga buat semua teman2 bloggers..Bertuahnya kebanyakkan kita telah dapat merasai perasaan seorang ibu..Syukur Alhamdullillah..







ucapan ini pula saya ambil dari blog kyah-Koleksi Antik Ibu..dan Yaya cottage Terima kasih kyah..



I love this one taken from Roses Harmony Sales-Mar.. that is truly so true..Mother's love blooms forever..

Jumaat, 26 Mac 2010

GIVEAWAY TERATAK PUTERI


Salam pada semua rakan maya,
Alhamdullilah..pc baru keluar klinik.. buka je nampak GA yang sukar dilepaskan..

So,Mari kita join GA ni ..hadiahnye menawan kalbu terutama Si kangkung yang ayu tuh...
ok bleh go direct to this link:http://teratakputeriqareshah.blogspot.com/

Good Luck to all!

Jumaat, 12 Mac 2010

barang yang dinanti dah tiba...


Assalamualaikum semua,
terima kasih masih sudi singgah di blog knor..kali ni knor nak berkongsi kegembiraan knor sebab 2 dari barang2 yang knor tunggu dah tiba..2 kotak besar lagi.. satu dari kak Azlina WBS deco.. dan satu lagi jeng jeng jeng...hadiah dari ksaidah bila pendapat knor dipilih dalam n3 cara2 nak turunkan berat badan awal tahun baru ni.. terima kasih kak saidah..Alhamdullillah..

ok meh kita tengok cottage yang dibeli dari kak Azlina..


memang comel...




ini la cottage2 yang dibeli dari kak Azlina..WBS deco..sangat cute..knor suka ter'over'2..Terima kasih kak Azlina ..lemah lembut tutur sms dan very kind hearted..sebenarnya kos poslaju dah terlebih dari yang dijangka kak Azlina tapi kak Azlina halalkan..Terima kasih kak Ina saya doakan bisnes online kak ina makin maju...




Hadiah yang sangat comel dan anggun ni dari ksaidah..terimakasih kak semoga sentiasa dimurahkan rezeki ye..kebetulan knor baru nak kumpul set bunga kangkung sekarang..Alhamdullillah..senyum sampai ke telinga knor...he he .. belakang yang nampak kaki ngan tangan tu anak knor.. saja nak "intefrem"...
dah selamat pun cottage duduk atas tray...love it..

Sabtu, 6 Mac 2010

tray




salam pada semua...
saja nak kongsi gambar tray ni..beli dari linda dari my little cottage..
knor dah tampal decal skit kat tray tuh.. kalu x putih bersih...

baik orangnya linda ni.. customer service tip top...
tq Linda..it is my 1st time dealing with u and I'm sure it won't be the last..banyak item yang knor suka..

pada rakan2 boleh le g berkunjung ke blog Linda ada link dia kat sebelah..I'm sure you all would agree with me coz banyak barang2 comel ..

ok..

Jumaat, 5 Mac 2010

topiary


Salam pada semua.Terima kasih masih sudi singgah ke sini. N3 kali ni tentang topiary.Minat kat kehijauannyer..
knor pun bukannye terror bab deko2 nih tapi saja nak berkongsi minat dan idea..

Khamis, 4 Mac 2010

cenderahati perkahwinan



Assalamualaikum kepada semua yang masih sudi singgah di blog knor ni.

x lama lagi cuti sekolah ..pasti banyak undangan perkahwinan.Kalau kat tempat knor ni BIASANYA terms seperti "majlis menyambut menantu"," mengelei" dan "makan gulai" berkait rapat dengan undangan ke majlis perkahwinan.Ketiga2 terms ini membawa maksud yang berbeza..Mungkin Mrsnor boleh tolong elaborate skit..TQ MrsNor..

baru2 ni knor ke satu majlis perkahwinan.
sebagai tanda terima kasih, tuan rumah menghulurkan satu beg kecil. Di dalamnya ada satu buku kecil surah Yasin, gula2, telur dan satu kotak comel.

Sungguh murni usaha tuan rumah memberi sesuatu yang sangat bermanafaat kepada tetamu2 yang hadir.

Sesuatu yang wajar diteladani..

Isnin, 22 Februari 2010

jom join give away Nannie ( my passion)...

Assalamualaikum,
knor pun nak join jgk memeriahkan Give away contest Nannie

Gambar atas adalah one of the gift sets..sangat cute dan cantik serta menawan..

Syarat2nye mudah je..ni knor copy dari blog Nannie http://smockingwithnannie.blogspot.com/:

Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 24 Febuari .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja .

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .

- Kalau ok link kan blog saya ni di blog list anda.

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.

- Saya akan buat cabutan untuk menentukan pemenangnya nanti.

http://smockingwithnannie.blogspot.com/:

Ok apa lagi jom la kita join give away nih mana tahu ada rezeki dapat la salah satu gifts tu. Boleh g ke link di atas dan tgk gift sets yang menanti pemenang2.

Kalau dapat bestnyer..tambah pulak this is my birthday month.. kalu dapat considered as a bithday gift for me le..Insyaallah..
Apa2 pun jom pakat join..biar happening dan gempak give away Nannie ni..

tq Nannie..

Khamis, 28 Januari 2010

projek makeover...



Assalamualaikum..rakan2 maya..lama knor x wat n3..ada masalah skit nak upload gambar..pastu sibuk pulak kebelakangan ni..tapi sibuk2 pun x lupa menjengah blog2 rakan2 yang lain..
skang alhamdullilah dah ok gambar.. dalam pada tu sempat jugak mentransferkan mug comel ni.
Actually I like cartoons very much...but lately all the flowery items have taken place..

Jumaat, 15 Januari 2010

Jom Join Giveaway Mrs Nor..


Salam buat semua rakan2..
n3 kali special about giveaway(gambar atas tuh ) yang dibuat oleh Mrs Nor di Hobi dan Kehidupan http://mrsnorhobi.blogspot.com/
murni sungguh usaha Mrs nor memeriahkan dan merapatkan lagi silaturrahim sesama rakan maya..Alhamdullillah..
Meesti ramai yang berkenan ke barang english deco yang sungguh comel dan menggoda tu kan? apa tunggu lagi jom la pakat join biar gempak dan happening!
yg istimewanya untuk menyertai tiada syarat dikenakan..just tinggal kan comment di n3 tersebut...then terpulanglah pada rakan2 untuk wat n3 ttg giveaway ni atau x di blog masing2..tiada paksaan yer..
wah....senang bangat tuh...
apa lagi .....maghi pakat ghamai2 kito join deeehhh...

handbag bunger2


Asssalamualaikum semua rakan2, terima kasih kerana masih sudi singgah ke blog yang tak seberapa nih...
kali ni N3 ttg bag lagi..
tapi kali ni yang betul punyer... bleh kelek g shopping..he he..
yang penting very the hengglish..

Isnin, 11 Januari 2010

pen'kurus'an berat..



tetiba je knor rasa nak tulis tentang usaha menguruskan berat badan...bukan apa teruja juga bila diumumkan pemenang idea kurangkan berat badan di blog k.saidah-http://saidahipoh.blogspot.com/..
terima kasih kak..

bila kita nak turunkan berat badan ni sebenarnya kita kerap nak menimbang berat badan,pantang jumpa weight scale nak naik je timbang ...x kira le kat supermarket ke ...bila g farmasi ke atau kalau kat pejabat kalau ada je benda mesin penimbang tu,terus je nak naik timbang..

sebenarnya yang sebaik2nya adalah kita gunakan satu penimbang sahaja untuk mengukur sejauh mana berjayanya kita dalam usaha mengurangkan berat badan..

pernah x alami situasi dimana kita dah rasa happy bila timbang kat umah berat kita dah kurang 2kg tetapi bila guna penimbang lain berat kita dilihat bertambah...ini pasti buat kita sedih dan seterusnya malas nak teruskan usaha kurangkan berat...

jadi sebaik2nya guna satu penimbang sahaja untuk timbang berat kita sebelum mula diet dan selepas satu jangka masa tertentu yang kita target..misalnya ...aku nak timbang berat pas sebulan atau aku nak turun 1kg dalam masa 2 minggu...


dipendekkan cerita setia la pada penimbang yang satu..

Jumaat, 8 Januari 2010

Tin Bag


Assalamualaikum,
kali ni tentang tin bag plak..x leh bawa g shopping..boleh letak lavenders je..
Suka tengok tin ni..warna dia sweet je..Rasa2 ramai kawan2 dah ada..knor baru nak collect...

x apalah kan..sikit2 lama2 jadi bukit..lagipun sekarang ni zaman berjimat cermat..kalau nak beli apa2(yang costly..) kena wat pembentangan kat "menteri kewangan" dulu...
kalu lulus baru bleh carry on..he hee..

Rabu, 6 Januari 2010

favourite handbag


ini la favourite handbag knor...pitis leh muat samah jah (50 sen ler tu...) he he kalu gi shopping jimat duit...sebab ada samah jah dalam bag..kuang..kuang...kuang...